TAJUK: SARAWAK DAN BURUNG ENGGANG
MEDIA: MEDIA CAMPURAN DI ATAS KANVAS ( AKRILIK, ARANG, PENSEL, CAT MURAL)
TARIKH: 2010
Ini adalah salah satu hasil seni yang saya hasilkan semasa berada di semester kedua DIPLOMA SENI LUKIS DAN SENI REKA (GRAFIK DAN MEDIA DIGITAL) semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pada masa itu, pelajar diarahkan untuk memilih seekor haiwan sebagai bahan kajian. Pada masa itu, saya memilih burung enggang sebagai bahan kajian saya (selain itu rakan saya, FARHAN MUSA juga memilih bahan kajian yang sama seperti saya. Satu bentuk persaingan yang sihat. hahaha...) Ianya mengambil masa yang agak lama untuk saya menelaah dan mengkaji sang unggas yang indah ini dan saya mendapati, di Malaysia burung ini boleh ditemui di Sarawak. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk menggabungkan burung enggang ini dengan sebahagian daripada adat resam Sarawak. Saya mahukan ianya kelihatan sebagai satu bentuk kenangan lalu memilih untuk menghasilkan seni komposisi sebagai projek seni lukisan saya untuk subjek LUKISAN. Warna latar yang saya gunakan untuk lukisan saya adalah warna yang gelap dan kelam kerana saya mahu penghayat seni merasakan unsur-unsur mistik dan misteri yang ada pada burung enggang. Di atas sebelah kiri saya meletakkan jata negeri Sarawak untuk menunjukkan sang unggas yang indah ini boleh ditemui di Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan